Bangunan Sekolah :
Pada tahun 2002, sekolah agama telah diwujudkan yang diberi nama Sekolah Agama Ladang Mutiara. Antara bangunan dan prasarana yang boleh digunapakai oleh pihak sekolah kebangsaan ialah :
Bilik Darjah :
3 buah bagi pengajaran dan pembelajaran dari darjah 1 hingga 6
Pejabat / Bilik Guru :
Sebuah bilik untuk pengurusan sekolah pada tahun 2002.
Surau :
Pihak sekolah kebangsaan telah menyediakan sebuah surau bagi memudahkan pelajar-pelajar melaksanakan solat dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Dataran Kejat :
Pihak sekolah kebangsaan telah menyediakan tempat perhimpunan pelajar-pelajar bagi mengadakan perhimpunan mingguan.
Dewan Serbaguna :
Pihak sekolah telah menyediakan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan bersama bagi mengadakan sesuatu program dan aktiviti.